Tuesday, December 29, 2009

Tahun 2009 bakal berakhir

Alhamdulilah kita berjumpa lagi kali ini, walau pun aku tidak sekerap orang lain mengemaskini blog mereka setiap hari. Akan tetapi aku cuba jugak untuk berbuat demikian,cewahh..Heheh..
Tahun 2009 bakal tamat beberapa hari lagi, banyak perkara suka dan duka yang berlaku sepanjang tahun ini kepada diri aku. Diharap segala yang berlaku dapat mematangkan diri aku sebagai manusia dan juga hamba-Nya. Insya Allah segala pengalaman dapat digunakan sebagai bekalan di masa hadapan. Tahun 2009 ini jugak telah aku gunakan untuk merancang sebaik mungkin kehidupan aku pada masa hadapan. Insya Allah jika tiada aral melintang aku akan menamatkan zaman muda remaja aku di jinjang pelamin..Amin..
Di samping itu juga, aku bersyukur kerana sudah masuk lebih kurang 1 tahun lebih juga aku berkhidmat di UPSI. Banyak pengalaman yang aku belajar dan juga selok-blok pekerjaan yang ku pelajari. Syukurlah semuanya dapa berjalan dengan lancar. Diharap tahun 2010 dapat memberi lebih pengertian kepada aku. Diharap aku dapat meningkatkan komitmen terhadap kehidupan aku sendiri. Insya Allah, dan juga dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t..

Sekian....