Wednesday, August 11, 2010

Berhujung minggu di Sarawak tournament SRU 10s

Minggu lepas aku ada game kat Kuching. Tournament SRU 10's kat Pdg Song Kheng Hai,goal post die mmg tinggi yg amat mmg international standard punye maa..Aku gerak hari Jumaat ptg flight pkl 740pm sepatutnya dgn Nenek, Fiji & Cimok. Dah delayed plak jadi pkl 830pm baru gerak. Biase la kot Air Asia kan,huhu..Dlm 1jam 45 minit kemudian smpai di Kuching International Airport. Ade satu Chinese guy ni dtg ambik,membe Boss kot.. Bwk smpi hotel,berasak-asak dlm keta tambah sorang lagi Pejal baru smpi dari Penang..Hehe,tunggu kat Airport dekat 3 jam jgk la..

Menginap di Hotel Siangolila,dah mcm Shangri-La pun ade aku dgr..Esok game start groupign dgn FT Alamanda (Federal Territory)team budak2 KL dgn Poli Kuching. Dua2 game menang pastu masuk Quarter ptg tu jumpe SHOAW Old Boys team Jojo bawak. So menang jgk 28-0 esok masuk semi jumpe JLJ..Mlm lepak2 di sekitar Kuching makan2 & jalan2..Aku dapat jumpe Judo abang nye Apes polis kat Kuching ni Caw. Narkotik. Die bwk pegi FOS Green, kedai brg2 reject la mcm Reject Shop. Okla byk barang menarik, dgn Canterbury pun ade.

Esok nye game start lambat dlm 1245pm main semi dgn JLJ, Alhamdulilah menang 5-0 sudden-death extra time. It was a good game, good defensive by the team. Credit to them jgk la, and good solid attacking. Cuma takde finishing je masa main full time. So enter the final jumpe musuh tradisi, Cobra. Game start pkl 430pm, 1st 5minit Cobra dah lead 17-0,budak2 ni tak setel down la ni. Letih jgk tu nak kejar balik..Pelan2 kayuh bakik dapat la closed kan score 20-17, but hardly kalah jgk but no problem. Budak2 ni tunjuk fighting spirit yg sagt mantap selepas ketinggalan tu. That's more important bagi aku, team ni pun still young lagi. Average umur lebih kurang je, cuma aku la paling tua..Hehehehe... So, itula penamatnye tournament kat Kuching ni. NSW berjaya meraih tempat ke-2..

Hopefully the team can come back strong selepas puasa nanti, tournament yg menunggu adalah Jonah Jones 2 minggu selepas raya.. Heads up guys, you're the best..

Tuesday, April 6, 2010

Minggu yang bakal sibuk akan bermula

Liga Super melabuhkan tirainya sementara untuk memberi laluan kepada pasukan kebangsaan bertarung di Singapura bagi Kejohanan Asian 5 Nations. So dapat la aku break game utk 3 minggu. So far NSW menang semua game, Alhamdulilah.. So utk next 2 game amatlah penting sebab jumpa 2 team yang kuat iaitu Asas dan Cobra. So hopefully players dapat fokus utk game ni dan seterusnya Insya Allah dapat memenangi Liga Super pada tahun ini.

Minggu yang mendatang ni bakal sibuk bagi aku sebab students pun dah nak start Karnival Sukan MASUM. Fasa 1 buat kat UiTM Arau and Fasa 2 buat kat USIM, Nilai. Seperti biasa la kena stay sebagai urusetia paling kurang pun 5 hari jgk la. Lepas tu sambung pulak dengan Karnival Sukan Staf Antara IPTA kat USM, Penang pertengahan bulan Jun nanti. Fuhh,demi mencari rezeki untuk kahwin hujung tahun ni akan ku kerja jua..Hahaha..

Dah kerja camni nak buat camne kan..So bersambung utk hari yg mendatang..See you guys..Cheers..

Thursday, March 11, 2010

Minggu yg penuh dgn debaran.. :-)

2 minggu lepas aku agak busy dgn kerja luar..1st week tu bwk budak2 olahraga pegi tournament kat UPM,ok beb result pun dpt 3 emas.Sagt cemerlang bagi aku compare dgn last year 2 emas je. Cuma minggu ni la aku dpt rest sikit memandangkan takde event ape2 this week cuma event penting dlm hidup aku iaitu pertunangan..Hehe,agak nervous jgk la sikit2 walaupun lambat lagi nak menikah nye..

Parents & makcik2 aku bergerak dari kg hari Sabtu pagi dlm pkl 7am la kot. Maybe smpi pun dlm pkl 1 mcm tu kalau tak byk berhenti la. Aku plan nak tunggu kat Hentian Dengkil pick up dieorang ke Pandamaran. Sebab nak pegi ambik cousin aku kat Cyberjaya belajar kat MMU. Insya Allah segalanya akan berjalan dgn lancar.. Doakan segalanya ok utk aku.. AMIN..

Friday, January 22, 2010

2010 bermula..

Tahun 2010 baru saja memulakan detiknya. Aku berharap pada tahun ini lebih banyak kegemilangan yang akan aku kecapi lebih-lebih aku merancang untuk bertunang dan mendirikan masjid bak kata orang lama. Bebanan tugas aku di pejabat juga bakal bertambah dengan pertambahan tanggungjawab yang bakal aku pikul pada tahun ini. Aku anggap ini semua satu tanggungjawab dan minta aku untuk meneruskan kerja aku.. Insya Allah..

Sudah masuk hari ke 22 dalam tahun baru ni, setakat ni byk juga perancangan yang telah aku buat untuk tahun ini. Diharap segalanya akan berjalan dengan lancar dan direstui oleh Allah. Aku pun tak tahu ape lagi nak cakap,hehe..Buat masa ni tu jela dulu kot,adios amigos..

Tuesday, December 29, 2009

Tahun 2009 bakal berakhir

Alhamdulilah kita berjumpa lagi kali ini, walau pun aku tidak sekerap orang lain mengemaskini blog mereka setiap hari. Akan tetapi aku cuba jugak untuk berbuat demikian,cewahh..Heheh..
Tahun 2009 bakal tamat beberapa hari lagi, banyak perkara suka dan duka yang berlaku sepanjang tahun ini kepada diri aku. Diharap segala yang berlaku dapat mematangkan diri aku sebagai manusia dan juga hamba-Nya. Insya Allah segala pengalaman dapat digunakan sebagai bekalan di masa hadapan. Tahun 2009 ini jugak telah aku gunakan untuk merancang sebaik mungkin kehidupan aku pada masa hadapan. Insya Allah jika tiada aral melintang aku akan menamatkan zaman muda remaja aku di jinjang pelamin..Amin..
Di samping itu juga, aku bersyukur kerana sudah masuk lebih kurang 1 tahun lebih juga aku berkhidmat di UPSI. Banyak pengalaman yang aku belajar dan juga selok-blok pekerjaan yang ku pelajari. Syukurlah semuanya dapa berjalan dengan lancar. Diharap tahun 2010 dapat memberi lebih pengertian kepada aku. Diharap aku dapat meningkatkan komitmen terhadap kehidupan aku sendiri. Insya Allah, dan juga dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t..

Sekian....

Tuesday, November 17, 2009

Cobra 10s

Pertama sekali, congrats untuk pasukan NS Wanderers yang telah menjadi Juara Plate untuk Kejohanan Ragbi Cobra 10s pada hujung minggu lepas. Ia merupakan kejuaraan pertama untuk NSW dalam Cobra 10s setelah mencuba beberapa kali dalam 2-3 tahun kebelakangan ini. Aku juga turut terlibat dalam pasukan NSW untuk meraih kejuaraan Plate.

Walaupun kejuaraan ini tidak sebesar Johan Cup tapi sudah cukup untuk menutup tirai kejohanan tahun ini bagi pemain-pemain Fiji NSW. Diharap mereka dapat hadir semula tahun depan untuk memberikan penampilan yang lebih mantap. Hari pertama kejohanan NSW berjaya memenangi 2 perlawanan awal peringkat kumpulan iaitu menentang RSC Dogs dan Terengganu Tigers. Perlawanan akhir peringkat kumpulan menemukan NSW dengan Northlink College SA. NSW tewas 5-12. Dengan kekalahan ini NSW terpaksa bertemu dengan Penguins International pada peringkat suku akhir esok hari. Beberapa kesilapan keputusan oleh pengadil perlawanan menentang NNK merupakan punca kekalahan yang sukar diterima oleh NSW.

Perlawanan menentang Penguin pada suku akhir keesokan harinya merupakan satu skrip baru utk NSW. Ini merupakan kali pertama mereka bertemu. Ramalan penonton NSW akan dibelasah dengan mudah tapi NSW berjaya mendahului perlawanan dengan 12-0. Separuh masa kedua, Penguins mempamerkan kebangkitan mereka dengan menghasilkan 24 mata tanpa balas. Kedudukan akhir NSW 12 - 24 Penguins..Hard luck guys..

Dengan itu NSW mara ke semi final plate bertemu RMR Warriors dan menang dengan keputusan selesa seterusnya ke akhir plate bertemu NNK pasukan yang menewaskan NSW pada hari sabtu.
NSW berjaya menang perlawanan akhir plate dengan keputusan 22-12. NSW berjaya bangkit pada babak kedua permainan melalui gerakan attack yagn menarik dar segenap penjuru padang.
Thanks kepada semua pemain-pemain dan juga management yang berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik pada Cobra 10s kali ini..CHEERS GUYS!!

Tuesday, November 3, 2009

Bulan sibuk telah tamat..

Tiba-tiba aku rasa nak taip dalam bahasa Melayu la hari ni..Ok takpe,kita carry on je..Bulan Oktober telah pergi meninggalkan kita dan bagi aku ia merupakan bulan yang paling sibuk dengan event-event yang perlu aku selesaikan.
Pertama penganjuran Kejohanan Ragbi Jemputan UPSI 10's 2009 kali pertama diadakan tahun ni, dan aku rasa tealh berjaya dianjurkan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk tahun hadapan. Secara keseluruhan aku berpuas hati kerana berjaya juga menganjurkan kejohanan ini selepas pelbagai rintangan. Aku berjaya menganjurkan kejohanan ketika di mana ramai orang tidak percaya ianya boleh dianjurkan, "Di mana ada kemahuan, Disitu ada jalan"....Setelah genap setahun aku bekerja, aku anggap ianya satu kejayaan peribadi setelah bertungkus-lumus untuk menganjurkannya. Diharap tahun hadapan ianya lebih meriah lagi.

Keduanya, penganjuran SBU kali ke-4. Aku telah diamanahkan oleh bos untuk mengetuai penganjuran seminar hoki dewan yang julung kali diadakan di UPSI. Secara keseluruhan seminar ini amat baik, akan tetapi penyertaan peserta amat mengecewakan lebih-lebih lagi apabila student yang diminta untuk hadir memenuhkan majlis perasmian tidak berbuat demikian..

Serentak dengan seminar ini juga, berjalan acara Kejohanan Hoki Dewan dan juga Kejohanan Catur di dua tempat yang berlainan. Penyertaan bagi Kejohanan Hoki Dewan pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang amat baik sekali dan dibahagikan kepada 5 kategori..
Bekas-bekas pemain Malaysia juga turun untuk bermain bagi kategori Lelaki Terbuka. Ini secara tidak langsung menarik perhatian penonton-penonton untuk melihat aksi-aksi yang lebih menarik. Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulilah....

Selesai sahaja 2 event besar ini aku bersyukur kerana ianya telah berjaya dilaksanakan walaupun terdapat beberapa kecacatan yang boleh diperbaiki untuk penganjuran tahun hadapan. Sekian sahaja untuk kali ni aku menaip, pada masa akan datang aku cuba memberi pengalaman-pengalaman yang terbaik dalam hidup aku untuk diletakkan dalam blog ni..Cheers..