Tuesday, November 17, 2009

Cobra 10s

Pertama sekali, congrats untuk pasukan NS Wanderers yang telah menjadi Juara Plate untuk Kejohanan Ragbi Cobra 10s pada hujung minggu lepas. Ia merupakan kejuaraan pertama untuk NSW dalam Cobra 10s setelah mencuba beberapa kali dalam 2-3 tahun kebelakangan ini. Aku juga turut terlibat dalam pasukan NSW untuk meraih kejuaraan Plate.

Walaupun kejuaraan ini tidak sebesar Johan Cup tapi sudah cukup untuk menutup tirai kejohanan tahun ini bagi pemain-pemain Fiji NSW. Diharap mereka dapat hadir semula tahun depan untuk memberikan penampilan yang lebih mantap. Hari pertama kejohanan NSW berjaya memenangi 2 perlawanan awal peringkat kumpulan iaitu menentang RSC Dogs dan Terengganu Tigers. Perlawanan akhir peringkat kumpulan menemukan NSW dengan Northlink College SA. NSW tewas 5-12. Dengan kekalahan ini NSW terpaksa bertemu dengan Penguins International pada peringkat suku akhir esok hari. Beberapa kesilapan keputusan oleh pengadil perlawanan menentang NNK merupakan punca kekalahan yang sukar diterima oleh NSW.

Perlawanan menentang Penguin pada suku akhir keesokan harinya merupakan satu skrip baru utk NSW. Ini merupakan kali pertama mereka bertemu. Ramalan penonton NSW akan dibelasah dengan mudah tapi NSW berjaya mendahului perlawanan dengan 12-0. Separuh masa kedua, Penguins mempamerkan kebangkitan mereka dengan menghasilkan 24 mata tanpa balas. Kedudukan akhir NSW 12 - 24 Penguins..Hard luck guys..

Dengan itu NSW mara ke semi final plate bertemu RMR Warriors dan menang dengan keputusan selesa seterusnya ke akhir plate bertemu NNK pasukan yang menewaskan NSW pada hari sabtu.
NSW berjaya menang perlawanan akhir plate dengan keputusan 22-12. NSW berjaya bangkit pada babak kedua permainan melalui gerakan attack yagn menarik dar segenap penjuru padang.
Thanks kepada semua pemain-pemain dan juga management yang berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik pada Cobra 10s kali ini..CHEERS GUYS!!

1 comment:

hans said...

confirm peminat setia rugby ni
aku dlu penah training tapi xsampai 4 hari..
hahahaha
lepas kena angkat senior aku yg besar gila tu lenguh habis satu badan