Tuesday, November 3, 2009

Bulan sibuk telah tamat..

Tiba-tiba aku rasa nak taip dalam bahasa Melayu la hari ni..Ok takpe,kita carry on je..Bulan Oktober telah pergi meninggalkan kita dan bagi aku ia merupakan bulan yang paling sibuk dengan event-event yang perlu aku selesaikan.
Pertama penganjuran Kejohanan Ragbi Jemputan UPSI 10's 2009 kali pertama diadakan tahun ni, dan aku rasa tealh berjaya dianjurkan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk tahun hadapan. Secara keseluruhan aku berpuas hati kerana berjaya juga menganjurkan kejohanan ini selepas pelbagai rintangan. Aku berjaya menganjurkan kejohanan ketika di mana ramai orang tidak percaya ianya boleh dianjurkan, "Di mana ada kemahuan, Disitu ada jalan"....Setelah genap setahun aku bekerja, aku anggap ianya satu kejayaan peribadi setelah bertungkus-lumus untuk menganjurkannya. Diharap tahun hadapan ianya lebih meriah lagi.

Keduanya, penganjuran SBU kali ke-4. Aku telah diamanahkan oleh bos untuk mengetuai penganjuran seminar hoki dewan yang julung kali diadakan di UPSI. Secara keseluruhan seminar ini amat baik, akan tetapi penyertaan peserta amat mengecewakan lebih-lebih lagi apabila student yang diminta untuk hadir memenuhkan majlis perasmian tidak berbuat demikian..

Serentak dengan seminar ini juga, berjalan acara Kejohanan Hoki Dewan dan juga Kejohanan Catur di dua tempat yang berlainan. Penyertaan bagi Kejohanan Hoki Dewan pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang amat baik sekali dan dibahagikan kepada 5 kategori..
Bekas-bekas pemain Malaysia juga turun untuk bermain bagi kategori Lelaki Terbuka. Ini secara tidak langsung menarik perhatian penonton-penonton untuk melihat aksi-aksi yang lebih menarik. Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulilah....

Selesai sahaja 2 event besar ini aku bersyukur kerana ianya telah berjaya dilaksanakan walaupun terdapat beberapa kecacatan yang boleh diperbaiki untuk penganjuran tahun hadapan. Sekian sahaja untuk kali ni aku menaip, pada masa akan datang aku cuba memberi pengalaman-pengalaman yang terbaik dalam hidup aku untuk diletakkan dalam blog ni..Cheers..

No comments: